Tuesday, November 25, 2014

Sharing is Therapy - Part 1

What to do when you are in tough situation. Apakah yang kita perlu lakukan apabila berada dalam situasi yang sukar?

Tenang Diri
Ok yang pertama ini sebenarnya agak susah nak buat. Sab pun memula gagal. Waktu suami rebah, sab mcm terkejut tak terkata sab ingat dia main-main tapi rupanya memang betul sebab dia tak bagi respon, pastu apa lagi sab menjerit panggil Mak sampai rumah depan pun dengar. Huhu. Pastu cemas macam nak gila cakap “Daddy…bangunlah jangan tinggal Mommy..Daddy…jangan tinggal Mommy”. lutut lemah tak terdaya nak bangun. Tapi lepas tu, kena marah dengan mak pastu baru senyap, tersedar, terus reset otak I need to stay calm I need to stay calm.

Boleh bayangkan tak? Boleh kan? Hehe. Maka, we need to stay calm. Kalau tak calm, kita akan gila meraung tak ingat Allah. Please. Stay. Calm..

Dapatkan Bantuan.
Lepas sudah tenang baru otak boleh berfikir dengan waras. Baru sab terfikir jiran sebelah adalah doctor and suruh Mak panggil. Kalau korang ade kawan2 doctors, telefon aje and inform them. They would try their best to be there and help, insyaAllah.

Lepas sudah tenang baru boleh ambil telefon and terus call 999. Tang ini memang sakit hati lah sebab support team suruh kita check suami buat itu ini bla bla bla. Sakitnya hati. Kita nak dia cepat hantar ambulan tapi dia suruh kita buat itu ini pulak. Tapi Sab tak marah lah. Time tu tak boleh nak marah dah. Sab faham diorang ikut prosedur maka sab cuma terus bagi alamat and cakap “Boleh terus hantar ambulan tak? Saya memang dah tak tau nak buat apa tak boleh fikir dah ni.”
At the same time abah sab pun call ambulan. Ambulan dari tempat kerja dia kot.
So that morning, ada dua ambulan yang sampai. Yg sab call sampai lambat. Yg abah call sampai cepat.


Dokumen Penting
Sab capai wallet husband and purse sendiri and ikut Ambulan bawa husband ke HSI. Manalah tau pihak pihak berkenaan nak tengok IC ke ape ke… and manalah tau kita kena bayar apa apa ke.. so jangan lupa ya. And Alhamdulillah I brought along the IC.


Doa
Berdoa berdoa berdoa. In your heart. Or with your lips. Just keep on making doa. That’s what I did when I was in the ambulance. I didn’t know whether husband would be ok or not. All I know was I kept on praying in my heart for forgiveness from Allah… for husband to be OK and… if it’s not OK for Allah to give me strength to go through the situation.

Alhamdulillah I managed to stay calm in the end.
Alhamdulillah neighbors came and helped.
Alhamdulillah traffic was good and smooth.
Alhamdulillah for His strength in me.

 
So that’s it. What to do when you are in tough situation:
  1. Keep Calm
  2. Seek Help
  3. Important Documents
  4. Doa

I guess it can be applied in any situation.

Stay tuned for Part 2.
*smiles*


Love, S

4 comments:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Akak ni pula cepat panik, cepat gelabah, cepat excited..

but yeah, setuju sangat part stay calm tu.. in fact tu yg paling penting.. if gelabah, otak2 semua mcm tak berfungsi...

masa arwah nenek dulu..time pakcik call ambulans mmg byk SANGAT ditanya.. smpi pck boleh teremo lak "boleh cpt sbb mmg nazak sgt sudah ni, hantar saja lah ambulans tu takpayah tanya mcm2" pdhl tahu mmg prosedur mcm tu.. ye la masa tu kita panik kan.. lgpun mmg soalannya byk sgt T_____T

ambulans dtg lmbt, masa da sampai tu, arwah dah hembus nafas terakhir pun.. tp takpalah.. dah takdir begitu..

Anyway, thanks for sharing ur experience Sab.. :)

dewihati said...

And that morning u call me at 9 am. I still remember. Actually 1 badan aku menggeletar . Sebab aku bukan nye kuat. Nampak kuat di luar tapi bukan d hati. Even adik aku luka kaki kne jahit... aku mnggigil n nk pengsan. Mama sruh ke tepi. Biar dia buat.. huhu..

We never know how strong we are.. untill we face it

Sabrina said...

@kak noi. Kannnn? Rasanya pihak berkenaan 999 patut tukar prosedur diorang lah. Hehe

@shuwa betul..sebenarnya kita memang lemah.. tapi its okay...Tuhan akan beri kita kekuatan pada waktu2 yg Dia tahu. =)

Mumia said...

Sedihnya masa part sab loose control tu.. Mcm terasa2 pulak.. Dah la tgh preggy kan? Terus kuat k U can do it!