Monday, October 25, 2010

Pilihan


Seperti dikejut dari tidur,
dengan diketuk dengan tukul,
penuh dengan kesakitan,
ketidakpastian...

Aku melihat diri aku di hadapan semua,
semua yang aku mahu dan yang pernah aku mahu,
buat pertama kalinya,
aku sedar... aku buntu...

udara yang aku cintai disini,
bukan yang terbaik untuk aku,
tidak aku mahu cita-cita terkubur kerna diri,
kerna tidak tahu, tidak tentu...

bukan kerana malu,
bukan kerana tidak mampu,
tapi sebab hati kini masih rindu,
pada impian yang dulu,

asa, peluh, darah dan airmata,
akhirnya aku sedar tidak bermakna,
tidak aku gembira,
sebab yang aku mahu... bukan ini semua...

tiba masa aku melangkah,
bersama isteri yang aku yakin akan sentiasa menyokong aku,
sentiasa mahu aku tahu,
bahwa dia mahu apa yang aku mahu,

Selamat Tinggal udara disini,
benarkan aku pergi,
kerna aku mahu api,
aku mahu nyawa ku kembali,
aku sudah terlalu dibuai angin tidurmu,
aku pergi sebab cita-citamu bukan cita-citaku...

Selamat Tinggal Udara disini....

3 comments:

Sabrina said...

sedihnya... mengelirukan jugak..

"aku pergi sebab cita-citamu bukan cita-citaku.."

"mu" ni refer kepada apa?

AnEs said...

aah..confuse jugak..

Hanafee said...

hehehe kalau tak comfusing tak poeticlah ia heheehe