Monday, November 9, 2009

Kerjayaku Model

Dulu. Salah satu cita-cita aku nak jadi model. Nak pakai baju cantik sambil jalan buat muka serius macam tak peduli orang sekeliling sebab macam paling lawa paling hot.

Kalau nak jadik model, kena tinggi, kaki panjang, muka tak cantik takpe asal unik, kulit tak putih takpe asal cantik takde jerawat, and ramai orang kata kena kurus, and kena konfiden.

Bersungguh-sungguh aku berlatih dari kecik jalan macam model, dabik dada macam model, hayun tangan macam model, kepala kena chin up macam model, senyum sombong macam model. Semua lah macam model!

Setelah masuk umur 18 tahun.... aku masih kurus. Yay! Lulus! Tapi.... aku tak tinggi-tinggi, kaki tak panjang-panjang, lepas kena chicken pox muka ada jerawat la pulak....

Kawan baik aku kata, "ko mana boleh jadi model, ko ada lesung pipit! Lesung pipit ni dah dikira cacat tau tak? Model kena perfect. Tak boleh cacat. Haha"
Adik pulak kata, "nak jadi model gigi kena lawa, gigi berterabur ada hati nak jadi model. Hahaha"

Haih. Isk isk isk. Terkubur lah cita-cita masa kecil aku begitu sahaja....

Tapi...tapi...nak tau tak? Masa sekolah SSI, ada pertandingan model kat asrama, lawan antara dorm, model model mesti junior yang baru masuk form 1. Masa ini aku senior dah.

Dan..... tempat pertama, kedua and ketiga semua junior junior dorm aku yang bolot weyh!!

Dan..... dan..... cuba teka siapa yang bersungguh-sungguh melatih mereka berjalan macam model?? Siap letak kayu penyapu kat pinggang tahan dengan tangan tuh! Posture, posture kena tegak beb. hehehe

Funny...how time flies. Now dah tak terasa nak jadik model pun. Sebab dah sedar diri. Hahahaha. Nonetheless, i still love watching any catwalk/model/fashion show. Aku suka tgk keyakinan mereka mereka yg berjalan di khalayak orang ramai.

Yes, Confidence attracts me.

And i guess, ade hikmah for everything. Yes, i'm short, i'm pimply, gigi berterabur, kurus keding pulak tu, but Hanafee loves me. *winks* Terima kasih Tuhan.

*smiles* cita-cita korang dulu nak jadi apa?

8 comments:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Nak jadi Cikgu Tadika.. Ehehehehe =P

CAHAYAHIDUPKU said...

patut la gaya sab jalan mcm model! huhu

AnEs said...

babe! cite2 aku ada la juge nak jadi m0del..pramugari pun ye juge..sume yang lawa2 la..haha..tak leh jadi lawa sukee sangat tg0k ppn lawa..wuho0!

youramoi said...

hehehhhe
'patotla gaya sab jalan mcm model'
kuikuikui ....
ada hati rupenye..
but boleh jek kalau betul2 nak kan?
i guess it's not your calling =)
cita-cita i dulu nak jadi pramugari =))
syok je tengok mereka-mereka tu.but, it's not a dream come true la =D

Sabrina said...

kak noi mmg sesuai jadi guru tadika. hehe. mesti asyik bercerita pasal hamster kat anak2 murid. hehe.

yati, kita tau cite2 awak apa.. nak jadik arkitek berjaya kan? =)

eliz and manje, pramugari? my younger sister, syirah, dia punya cita-cita nak jadik pramugari jugak. Tapi mak kita restu dia jadi pramugari dalam kapal terbang utk bawak pergi org haji je. hehehe

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Akak suka citer pasal animals kat budak-budak. Sepanjang akak babysit cousins2 kan, most of them minat kucing =p
Yang boys lak suka transport, keta,lorry etc.
Kalau sesi study kena ajar based on minat dorang tu le.. HAHA
Masih tak tercapai lagi cita-cita nak jadi cikgu tadika. Kena kursus dulu kan? =) InsyaAllah nanti...
Cita2 kak noi dulu nak buka nursery, hehe. InsyaAllah, moga tercapai.
KUMPUL DUIT DULU!

dewihati said...

cita-cita aku masa kecik dulu..
nak jadi akuantan ok...

tapi dari darjah 1 sampai darjah 5.. aku keep eja akauntan salah..
ko tahu kau aku eja ape?

"AKUANTAN"


hal ne terjadi sebab aku suka sangat pergi bank.. bank in kan duet.. ke ?? akusuka tgk akak2 kat meja kaunter bank tu.. especially bank BSN... pergh dengn baju kebaya ketat .. tu yg aku admire... hehehe

Unknown said...

nak jadi pramugari sbb tengok uniform dia lawa....