Friday, May 15, 2009

Which group are you in?


Kelas Zamrud, Kelas Berlian, Kelas Nilam...
Fakulti Teknologi, Fakulti Bahasa, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Seni...
Syarikat A, Syarikat B, Syarikat C...
Bangsa Melayu, Bangsa Cina, Bangsa India...
Agama Islam, Agama Hindu, Agama Kristian, Agama Buddha...
Parti BN, Parti PAS, Parti KEADILAN, UMNO, MCA, MIC...
Golongan Kaya, Golongan Miskin, Golongan Bijak Pandai, Golongan Tak Masuk Universiti...
Dan maaacam-macam lagi...

Kita pergi ke mana-mana pun, bila-bila masa pun, kita tak boleh lari daripada hakikat ni.
Di mana-mana sahaja, kita akan sentiasa dilabel, dikelompokkan, dikategori...
Selalunya kita dilihat sebagai ini,
Kadang-kadang, kita dilihat sebagai itu.
Ada masa kita sendiri yang jadi golongan ini,
dan masa lain pula kita berubah menjadi golongan itu.

Bukan ke itu semua hanya kumpulan? Hanya nama?

Siapa cipta kumpulan?
Siapa yang membentuk kumpulan?
Adakah kumpulan tercipta dengan sendirinya?
Ada apa dengan kumpulan?
Apa tujuan kumpulan?
Ke kumpulan memang tidak patut ada pada mulanya?

Adakah kumpulan dicipta supaya kita semua berkelahi dan bergaduh antara kumpulan?
Adakah kumpulan dicipta untuk kita memandang rendah atau tinggi pada kumpulan lain?
Atau kumpulan dicipta supaya kita saling bertanya untuk lebih faham perbezaan yang ada?
Atau kumpulan dicipta supaya dapat bergabung, dapat melengkapi yang mana tidak sempurna?

Satu sahaja persamaan.
Aku kau kita sama sahaja - Manusia.
Tiada yang sempurna.
Ada cacat-celanya.
cliché? Memang ya.

Jikalau semua manusia acuannya sama,
Tidakkah suram dunia?

No comments: