Monday, May 18, 2009

Phrase of the day

Kita semua pernah menunggu. Betul?
Menunggu cikgu masuk kelas.
Menunggu loceng habis kerja. (Ya, tempat saya bekerja akan ada bunyi macam dalam parkson untuk menandakan habis waktu bekerja. Cool tak cool? Hehe.)
Menunggu teksi, bas, keretapi.
Menunggu keputusan peperiksaan atau interview.
Menunggu teman lelaki atau teman wanita telefon.
dan maaaacam-macam Penungguan lagi lah!! (Eh? Ade ke perkataan penungguan?? Kelirulah.)

Kita tidak boleh lari dari menunggu. Kadang-kadang, nak tak nak, kita memang kena tunggu.

Bila dah menunggu, akan wujud 1001 perasaan. Betul?
Marah, Penat, Buang Masa, Sedih, Risau, Bosan Blur, Gembira, Teruja.
Merah perasaan negatif.
Biru perasaan erm...in the midde. tak negatif, tak positif.
Hijau perasaan positif.

Dan orang selalu kaitkan menunggu dengan perasaan yang negatif.
Menunggu itu satu penyiksaan lah...
Menunggu itu derita dan sengsara lah...
Menunggu itu membosankan lah...
Ya, memanglah itu betul untuk sesetengah situasi.

Tapi jangan kita lupa.
Menunggu juga menyeronokkan!!!
Menunggu jadi seronok bila kita dapat buat kerja lain masa sedang tunggu.

Menunggu boleh membuatkan kita teruja (excited) !!
Contoh menunggu yang buat kita teruja adalah:
Menunggu untuk dapat cahaya mata.
Menunggu dapat kereta baru.
Menunggu dapat gaji pertama.
Menunggu bertemu kawan-kawan lama.
Menunggu dapat hadiah.
Menunggu nak kahwin.
Ha....tak ke excited tu?
hehe.

Maka, ingat kata Sabrina (EcehEceh).
Menunggu itu Seronok.
Menunggu itu Kenikmatan.
Menunggu itu Rahmat.
-Sabrina Anwar-
Senyumlah! *senyum*

Jadi, apa yang kamu sedang tunggu?

1 comment:

Nor Atiqah said...

hi, menunggu (waiting for something) juga kan adalah suatu suprise?

mestilah sangat excited dan cool.

ohyeah,i'm waiting for my final exam results.so scared.