Friday, May 1, 2009

Current thinking


Selama beberapa hari jauh dari dunia latihan industri/dunia pekerjaan (sbb aku jatuh demam), aku mula berfikir…

“Adakah ini masa depan aku nanti?”
“Betulkah ini yang aku inginkan?”
Maksud aku, takkan ini saja? Pastinya ada lebih dari sekarang, kan?

Aku tak boleh bayangkan aku menjalani hidup ini dengan membuat sesuatu yang sama berulang-ulang kali, walaupun aku tahu aku akan menghadapi cabaran yang berbeza setiap hari. Bukanlah aku menyesali keputusan sendiri, malah aku berbangga. Cuma, hari demi hari, I want to do more.

Terjerat dalam rutin akhirnya akan membuat aku rimas. Tidak bosankan kamu bila melakukan perkara yang sama sahaja sepanjang hidup? Aku ini sentiasa berubah-rubah dan aku tidak suka rutin, tetapi perubahan dan expectations menakutkan aku juga!

Aku tak mahu sampai aku tak mampu menjangkau semua expectations, aku akan malu semalu-malunya kalau aku tahu yang aku berpura-pura berjaya je selama ini. Aku takut aku tak dapat menjadi sebagus yang aku fikir atau sebagus yang aku sepatutnya jadi.

Aku ada ego. Call her Summer. Seriusnya Summer macam seriusnya Cikgu English kau.

No comments: