Friday, November 21, 2008

Oh Taman Rinting !


Hati aku ni meronta-ronta nak pulang ke rumah. Aku rindu semua orang di rumah. Aku rindu segala macam benda di rumah. Bau, bunyi, suasana, makanan, pemandangan - aku rindu.

Biarlah rumah itu kecil, terhimpit, lama. Biarlah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi kebahagiaan, keselesaan, ketenangan - itu ada.

Tapi aku sekarang ini sedang menaip di sebuah apartment ada jaga, ada kolam renang, ada tasik, ada mall. Aku senyum, aku ketawa, kamu fikir aku tenang, aku bahagia??

Tidak. Aku ini tidak tenteram, amat! Yang aku dengar setiap saat adalah pekikan kereta motor, ngauman lori, jeritan kereta api. Yang aku lihat setiap hari adalah pandangan yang menghampakan.

Di rumah sebenar aku boleh dengar suara ngaji budak-budak kecil, alunan azan bila tiba waktu, gelak ketawa anak istimewa, bebelan emak, gurauan adik. Bohong kalau aku kata bunyi kereta motor lori itu tidak ada. Ada, tapi tidaklah sebising macam yang aku sedang dengar ni.

Aku tidak sabar mahu balik rumah.
Dalam kebisingan bandar ni aku sebenarnya sunyi.
Orang orang dalam rumah ni pergi kerja awal pagi,
Aku nak buat apa lepas tu nanti?
Jangan sebut internet.
Sebab itu sudah basi.

Hah.
Sekarang aku tau kenapa aku tidak tenang dan sunyi
Aku ni mmg suka buat kesimpulan sudut agama campur duniawi
Sebab utama adalah aku berdosa pada Ilahi
Sekian. Terima kasih sebab sudi habis baca sampai perenggan ni.

4 comments:

ღ~n0n0i~ღ said...

aku rindu rumah ^^
huh, that's describe my feeling rite now dear..
kaknoi tak sbr sgt nak blk ruma..
home is where the heart is..
my home sweeeeeeeeeet home
Its been a year ++!
wawawawa.. i really miss my own bedroom,the kitchen,the living room, all about home!!

8 days to go!! yayyyyyyyyyyyyyyyy!

DeWi said...

td aku bwu lps jln tmn rinting....

hei.. pasir gudang banjir at a certain part of pasir gudang... jam wooo...

so sab... when do u will goin back to ur hometown??

tokentasya said...

saba ye..nnt bole duduk umah lame2 =)

Sabrina Vee Zalani said...

betul2.. biar kecil mcmana pun, rumah sndr mmg the best! lol