Friday, November 21, 2008

Oh Taman Rinting !


Hati aku ni meronta-ronta nak pulang ke rumah. Aku rindu semua orang di rumah. Aku rindu segala macam benda di rumah. Bau, bunyi, suasana, makanan, pemandangan - aku rindu.

Biarlah rumah itu kecil, terhimpit, lama. Biarlah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi kebahagiaan, keselesaan, ketenangan - itu ada.

Tapi aku sekarang ini sedang menaip di sebuah apartment ada jaga, ada kolam renang, ada tasik, ada mall. Aku senyum, aku ketawa, kamu fikir aku tenang, aku bahagia??

Tidak. Aku ini tidak tenteram, amat! Yang aku dengar setiap saat adalah pekikan kereta motor, ngauman lori, jeritan kereta api. Yang aku lihat setiap hari adalah pandangan yang menghampakan.

Di rumah sebenar aku boleh dengar suara ngaji budak-budak kecil, alunan azan bila tiba waktu, gelak ketawa anak istimewa, bebelan emak, gurauan adik. Bohong kalau aku kata bunyi kereta motor lori itu tidak ada. Ada, tapi tidaklah sebising macam yang aku sedang dengar ni.

Aku tidak sabar mahu balik rumah.
Dalam kebisingan bandar ni aku sebenarnya sunyi.
Orang orang dalam rumah ni pergi kerja awal pagi,
Aku nak buat apa lepas tu nanti?
Jangan sebut internet.
Sebab itu sudah basi.

Hah.
Sekarang aku tau kenapa aku tidak tenang dan sunyi
Aku ni mmg suka buat kesimpulan sudut agama campur duniawi
Sebab utama adalah aku berdosa pada Ilahi
Sekian. Terima kasih sebab sudi habis baca sampai perenggan ni.

Monday, November 17, 2008

Happy 2nd Anniversary =)

Amaran awal: Entri Jiwang. Siapa tak suka. Sila berhenti baca sekarang. =P


Bear & Chocolates to me from him. Love Coupons to him from me.

Sudah baca tajuk?
Jadi, umum sedia maklum bahawa
Hari ini adalah ulang tahun ke-2
Sabrina & Hanafee


*senyum*


tadi telefon mak:

"mak, hari ini anniversary akak dgn fee yg ke-2!!"
"ye ke? Eleh... belum ikat bebetul lagi dah nak kira anniversary"
"eleh... biarlah kitorang nak kira dulu.. haha"
"mak dulu kawan ngan abah takde kira-kira pun tau..."
"tu lah.. sapa suh tak kira.."


*gelak*


Apa yang misteri ialah...
Bagaimana cinta bermula?

Apa yang mencabar adalah...
bagaimana mahu membuat cinta itu kekal.

Apa yang menarik dan magik adalah...
bila ia menjadi.


Korang yg membaca, doakan kami ek??


*senyum*





written by,

Happy Birthday Jiji !!


November 17

Happy Birthday Azidah!!!

roommate 2 tahun.
Tahun 2.
Tahun 4.

Tak nampak jiji online..
hmmph.
Ni mesti keluar celebrate dgn Apek ni.
hehe.

Semoga king kong berbahagia bersama gorila!!!




written by,

Friday, November 14, 2008

Happy Birthday Mashe!!!


Happy Birthday Mashe!!!

On your birthday lots of people are thinking of you.
I just wanted to let you know that I am one of them.
*winks*

Doa aku adalah...
Semoga kamu dan suami bahagia dunia akhirat sampai ke syurga!!
*smiles*




written by,

Saturday, November 8, 2008

Anda Bosan?

The end of 7th semester is coming, while other students are busy with their finals exams, 4BCS students are busy with how-to-kill-the-time-while-waiting-for-final-year-project-results.

Yeap. We don’t have final exams this semester. It’s a good thing and a bad thing.

Good because we don’t have to squeeze our minds remembering this and that, in other words, no stress.

Bad because those with final exams can go back home earlier than us. Cait!!! But we, we are not allowed to go back till we submit the final hard-covered thesis.

The problem is we cannot send it to be hard-covered till we got our fyp’s results.
And the results cannot be announced till lecturers involved sit in a meeting for “permurnian markah” next week.




Sabarlah kawan-kawan,
Aku tau kamu, kamu, kamu semua dah bosan gila baban.
Oleh itu, mari… mari semua buat kraf-tangan
Atau keluar jalan jalan cari makan.

Hmmph.

Happy Birthday Nana!!



Today is Nana's birthday.
Nana was my roommates for 4 sems
which means 2 years.
First year.
Third year.

Alright. No speech.
Since I've written everything on the card.
Hand-made card.
*grins*

Happy Birthday again, babe!

Monday, November 3, 2008

Topeng topeng


Dia,
buat kau hairan,
buat kau tak keruan,

buat kau sedih,
buat kau ketagih,

buat kau gembira,
buat kau merana.

Dia yang sedang dalam kesedihan,
kerisauan,
tapi gelak sakan,
dengan kawan kawan.

Kenapa?
Tak percaya?
Apa kau tak pernah, memakai topeng macam dia?

Hiriskanlah kata kata
sampai dia terdera.
Hati dia sudah kebal,
sudah biasa.

Sunday, November 2, 2008

Saturday, November 1, 2008

Writer (Poem)

I felt like writing,
but my head was filled with nothing,
I wanted to tell you a story about guns a blazing,
i couldnt find the right words so a sentence i could string.

I fear for my ability to write,
im scared it might die and my life will never take flight,
I fear that one day i might stop making sense,
because tomorrow is another day i get moe dense,

I fear i cant stop for a while to smell and see the good things all around,
in sunshines and rains and the road outward bound,
I fear to not live life as i have,
or at least not write about living life as i have.

I fear that of which people cannot comprehend,
when the best things in life i cannot apprehend,
I drink the sovereign drink of beauty and love,
yet im only drunk on hate and nothingness,

the hangover though is a piece of yesterday i wish i could re-live,
and the regret is that i cannot hide the feelings i have,

yet i wake again tomorrow,
for same life i believe will bring me sorrow,
because tomorrow..... maybe ill die and no one will be drowned in sorrow....